ummu muslimah

Cukup Bagiku Allah…

Selamat Hari Ibu… April 27, 2008

Filed under: laman nurani — ummu muslimah @ 9:58 AM

Bonda…

Aku meletakkanmu di hatiku,

Dekat sekali dengan tempat kebaikan,

Cahayamu menyinari hidupku,

Tapi…

Aku tak mampu meletakkan Allah dimana pun,

Kerana Dialah yang meletakkan aku di bumi…

Bersamamu Bonda…

Dia ada dalam setiap hela nafasku, penglihatanku,

pendengaranku serta setiap degupan jantungku…

Bonda…

Bagaikan bermain-main diingatanku…

Sebelum terlahirnya aku di muka bumi….

Penciptaku yang Satu pernah mengkhabarkan padaku…

aku akan ditempatkan di bumi,

tempat yang asing sekali buatku…

Bonda…

Ketahuilah…aku takut dengan perkhabaran itu…

Tetapi Dia…

Penciptaku yang Agung…mengkhabarkan…

aku tidak akan bersendirian di bumi…

Kerana…

Dia telah mengutuskan seorang malaikat untukku…

Bonda…

Tahukah dikau siapakah malaikat itu…?

Malaikat yang baik itu adalah orang yang

kuletakkan di relung jiwaku…

Malaikat itulah yang telah melahirkan aku kemuka bumi ini…

Malaikat itulah yang telah mengingatkan aku

pada Penciptaku yang Maha Penyayang…

Malaikat itulah yang mendidikku tanpa jemu…

Malaikat itulah yang telah banyak bersusah payah

kerana membesarkan aku…

Malaikat itulah yang tidak pernah meminta bayaran

untuk kebaikannya…

Malaikat itu….

Malaikat itu adalah kamu wahai Bonda yang kucintai…

Bonda…

Kau bertahta dihatiku…

Aku menyintaimu seperti aku menyintai syurga

Pencipta kita yang Satu…

 

Leave a Reply