ummu muslimah

Cukup Bagiku Allah…

Rindukah dia kepadaKu… October 22, 2008

Filed under: islamic — ummu muslimah @ 2:06 PM

Ada seorang hamba Allah, beliau rajin solat malam dan bermunajat, berkhalwat dengan Al Kholiq. Setiap malam dari kedua matanya yang memerah kerana menangis, mengalir air yang membasahi janggutnya, beliau berbisik-bisik lirih memohon beberapa permintaan dan pengharapan. Dari waktu ke waktu, tahun ke tahun, hingga putih rambutnya tak kunjung jua permintaan beliau dikabulkan oleh Allah.

 

Setelah puluhan tahun ke depan sejak dia dekat dengan Allah setiap malamnya, tidak juga merubah hidupnya. Sejak puluhan tahun dia mendengar bisikan di atas, tidak juga tampak yang dijanjikanNya. Mulailah timbul pemikiran yang tidak baik dari syaitan. Hingga beliau berkesimpulan, tampaknya Allah tidak meredhai doanya selama ini. Maka pada malam harinya, ia berdoa kepada Allah:

 

‘Wahai Allah yang menciptakan malam dan siang, yang dengan mudah menciptakan diriku yang sempurna ini. Kerana Engkau tak mengabulkan permintaanku hingga saat ini, mulai besok aku tak akan meminta dan solat lagi kepadamu, aku akan lebih rajin berusaha agar tidaklah harus beralasan bahawa semua tergantung darimu. Maafkan aku selama ini, ampuni aku selama ini menganggap bahawa diriku sudah dekat denganmu!’

 

Beliau menutup doanya dengan perasaan berat yang semakin dalam dari awal ia berniat seperti itu (mengkhatamkan ibadah solat lailnya). Beliau berbaring dengan pemikiran menerawang hingga ia tak mengetahui bila dia tertidur. Dalam tidurnya, ia bermimpi, mimpi yang membuatnya semakin merasa bersalah. Seakan dia melihat suatu Padang luas bermandikan cahaya yang menakjubkan, dan puluhan ribu, atau mungkin jutaan makhluk cahaya duduk di atas betisnya sendiri dengan kepala tertunduk takut. Ketika beliau cuba mengangkat wajahnya untuk melihat kepada siapa mereka bersimpuh, tidak mampu…kepalanya dan matanya tidak mampu memandang dengan menengadah.

 

Beliau hanya dapat melihat para makhluk yang duduk di hadapan Sesuatu Yang Dahsyat. Terdengar olehnya suara pertanyaan, ‘BAGAIMANA KHABAR HAMBAKU SI FULAN, HAI MALAIKATKU?’ nama yang tidak dikenalnya. Seorang bediri dengan tubuh gemetar kerana takut, dan bersuara dengan lirih,

 

‘Subhanaka yaa Maalikul Quddus, Engkau lebih tahu keadaan hambaMu itu. Dia mengatakan demikian: ‘Wahai Allah yang menciptakan malam dan siang, yang dengan mudah menciptakan diriku yang sempurna ini. Kerana engkau tak mengabulkan permintaanku hingga saat ini, mulai besok aku tak akan meminta dan solat lagi kepadamu, aku akan lebih rajin berusaha agar tidaklah harus beralasan bahawa semua tergantung darimu. Maafkan aku selama ini, ampuni aku selama ini menganggap bahawa diriku sudah dekat denganmu!’

Ampuni dia yaa Al ’Aziiz, yaa Al Ghofuurur Rohiim?’

 

Tersentak beliau,_itu kata-kataku semalam_…celaka, fikirnya. Kemudian terdengar suara lagi:

 

‘Sayang sekali, padahal Aku sangat menyukainya, sangat mencintainya, dan Aku paling suka melihat wajahnya yang terpendam menangis, bersimpuh dengan menengadah tangannya yang gemetar kepadaKu, dengan bisikan-bisikan permohonannya kepadaKu, sehingga tak ingin cepat-cepat kukabulkan apa yang hendak Aku berikan kepadanya agar lebih lama dan sering Aku memandang wajahnya, aku percepat cintaKu padanya dengan Aku bersihkan dia dari daging-daging haram badannya dengan sakit yang ringan. Aku sangat menyukai keikhlasan hatinya disaat Aku ambil puteranya, disaat Kuberi dia cubaan tak pernah Ku dengar keluhan kesal dan menyesal di mulutnya. Aku rindu padanya…rindukah ia kepadaKu, hai malaikat-malaikatku ?’

 

Suasana hening, tak ada jawaban. menyesallah beliau atas permintaannya semalam, ingin ia berteriak untuk menjawab dan minta ampun tapi suara tak terdengar, bisik hatinya ”Ini aku Yaa Robbi, ini aku. Ampuni aku ya Robbi, maafkan kata-kataku!” mengalirlah air matanya Astagfirullahi’ adzim!! Terbangunlah ia dari mimpi…

 

Segera beliau mengambil wudhu dan kembali bersujud dengan bertambah khusyuk. Dalam hati beliau berdoa

‘Yaa Allah, Ya Robbi jangan Engkau ungkit-ungkit kebodohanku yang lalu. Ini aku hambaMu yang tidak pintar berkata manis, datang dengan berlumuran dosa dan segunung masalah dan harapan, apapun dariMu asal Engkau tidak membenciku aku rela…Yaa Allah, aku rindu padaMu’

 

Yang sangat merinduiMu….

Izinkan masa terhenti, agar pertemuan kita akan terjadi ya Robb…

 

Imtihan…imtihan… October 20, 2008

Filed under: islamic — ummu muslimah @ 9:18 AM


Buku-buku dan nota-nota kuliah berselerak dan berterabur kat atas meja, lari dah daripada susunan asalnya. Jadual periksa menggantikan jadual kuliah yang dulunya menghuni ruang kosong di dinding atas meja. Kawan baik ana waktu ni, si jadual ‘study’ bertenggek di sebelah sebagai peneman dan juga sebagai ‘reminder’ agar bersistematik dalam menguruskan waktu untuk belajar di saat-saat genting ini.


Tarikh-tarikh di kalendar di pangkahkan besar-besar agar jelas kelihatan kuantiti masa yang sudah hilang. Nak nampak jelas lagi, campak je mata ke meja ustazah kita, atika…haa…siap pasang whiteboard lg, countdown hari exam. Jgn marah tika ye…‘Exam’ mmg dah makin dekat sangat dah. Takut bercampur xsabar,datang silih ganti. Confuse…


Imtihan…imtihan.. Kenapa mesti wujudnya ‘exam’ ni ye agaknye? Apakah rasionalnya ‘exam’? Dunia ni memerlukan ‘exam’ ke? Kenapa para akademik begitu taksub dengan istilah menggerunkan ini sehingga terasa tersiksa pelajar-pelajar dibuatnya. Kesian mereka (termasukla orang yg tulis ni ye). Ye la…mana tidaknya, pelajar2 terpaksa melalui musim exam ni macam nak sambut musim wabak penyakit kronik…:(

Sebelum ni pun ana sendiri tak pernah terfikir dan tak pernah nak ambil tahu pun apa rasional kewujudan exam ni… hinggalah ada seorg sahabat ni ckp, sistem pendidikan kat sini sekarang ni terlalu pragmatis…lupa, apa maksud pragmatis ni…oh ye katanya pragmatis ni sistem yang berubah-rubah yang banyak dipraktikkan di Malaysia, dan sistem ni menjadikan ‘exam’ sebagai kayu ukur utama’. Dan dgn cara ini ia dapat menghapuskan keikhlasan niat si penuntut ilmu tersebut… kalau pada zaman 70-an, sistem ini mementingkan bahasa melayu dan sastera…pastu berubah kepada moral pulak…dan sekarang bahasa penjajah pulak dah…tak tetap fokusnya… lain pula dengan sistem pndidikan islam, dari dulu sampai hari ni, meletakkan akhlak dan sahsiah serta pengamalan berterusan sebaik sahaja memperolehi ilmu…itu yg diambil sbgai perkara utama… katanya lagi, zaman sahabat, tabi’ dan tabi’in adalah contoh terbaik dimana walaupun mereka takde sistem periksa mcm kita tapi tetap boleh faqih dgn hadis…

Habis macam mana dgn kita yang memang dah duk dalam kepompong pragmatis ni sejak dulu lagi…. sambungnya, kita kena terus duk dalam sistem ni, dan kawal diri dan keadaan lain…kawal disebabkan kita faham dgn pragmatis ni… once kite rasa akhlak dah semakin buruk, perlu cepat-cepat bertaubat dan berhati-hati supaya tak terus hanyut…

So, pendek kata, nak tak nak kita kena berdepan jgk dgn exam ni. Selagi berstatus sebagai seorang pelajar jangan harap ingin lari daripadanya. Kitaran ‘exam’ sentiasa berulang. ‘Exam’ datang dan pergi tetapi perginya pasti kembali.


Ya Allah adakah ubat bg wabak ini! Apakah ada vaksin yang mampu mempertahankan diri ini daripada wabak yang menakutkan ini?

Apabila datang musim ‘exam’ maka ramailah pelajar yg akn jatuh sakit diserang wabak kronik ini. Masa ni lah ramai yg duk pakat cari ‘Tuan Doktor’. Ramai akan mencuri segala ruang yang ada untuk berbicara kepada-Nya merayu agar dihulurkan bantuan dan dipermudahkan ujian. Tuan ‘Doktor’ memang sudah lali dengan keterbiasaan ini. Keterbiasaan dimana diri-Nya hanya diseru ketika musibah mendatang.

Namun demikian, rayuan bantuan yang dipinta secara ikhlas dan sopan pasti disambut baik oleh Nya. Amat jarang sekali untuk Dia menolaknya. Tetapi, Dia tidak menghulurkan ubat seperti yang dipinta secara magik. Wujud dengan sekali hembusan mahupun mencul, entah dari mana, di telapak tangan secara tiba-tiba. Apatah lagi untuk melihat-Nya adalah sesuatu yang mustahil. Oleh sebab itu, ramai yang akan rasa kecewa. Tidak kurang juga ada yang rasa was-was, diracuni keraguan…na’uzubillah…

Walaupun begitu, usahlah kita kecewa, usahlah kita putus asa. Firman-Nya sahaja sebenarnya sudah cukup untuk melemahkan vektor jahat yang dibawa oleh wabak ‘exam’ ini. Percuma tanpa sebarang bayaran.

Kata-kata yang diberi bakal menyembuhkan dengan keizinan-Nya. Namun, tidak memadai sekiranya kata-kata-Nya diambil secara bulat-bulat sebagai penawar. Ubat tidak boleh menyembuhkan tanpa ada usaha. Usaha mesti datang dari pesakit itu sendiri bagi melengkapi terapi yang dimintanya.

‘Exam’ itu satu wabak dan wabaknya bermusim. Musimnya tetap dan datangnya dapat dijangka. Oleh sebab itu, ada sahaja masa untuk kita bersedia. Persediaan mental itu sudah tentu perlu dan persiapan bekalan ilmu untuk menghadapinya itu pastinya wajib. Berilah apa sahaja ubat pun tetapi jika diri sendiri yang menempah bahana, jika diri sendiri yang lalai dan menjerumus kepada kecelakaan tiada siapa mahupun apa yang dapat membantu.

‘Exam’ … tak payah la duk risau sangat…. Ya, ia memang satu wabak, satu perkara yang menakutkan. Tetapi, di sebaliknya ada manisan Rahmah yang menunggu untuk dihirup oleh mereka yang sabar dan yakin datangnya adalah sbg satu ujian dari Cinta Nya.

‘Exam’ …tak payah duk risau sangat la…. Walaupun ia susah, susahnya adalah satu pengajaran. Pengajaran bagi mereka yang angkuh dan sombong, agar mereka sedar hakikat sebenar menjadi seorang insan yang perlu kepada Tuhan, tatkala dilanda musibah.

Hadapilah ‘exam’. Terimalah hakikat ia sebagai satu kayu ukur. ‘Exam’ akademik, jadikanlah ia sebagai tanda aras kefahaman kita terhadap sesuatu subjek. ‘Exam’ kenaikan pangkat, jadikanlah ia sebagai indikasi dedikasi kita terhadap sesuatu tugas. Namun, yang paling penting sekali, ‘exam’ takwa. ‘Exam’ terbesar yang graduasinya adalah graduasi segala graduasi. Sijilnya adalah sijil di atas segala sijil. Exam yang mengundang pahit kepada manis fantasi hidup di dunia yang penuh dengan ilusi. ‘Exam’ yang hanya ada dua kemungkinan; iaitu:

“Lulusan syurga ataupun buangan neraka”

“Choose it”

Selamat menghadapi imtihan dengan jayanya…amiiin…

Ummu_imtihan @};-


 

~Diari Usangku~ October 19, 2008

Filed under: laman nurani — ummu muslimah @ 12:42 AM

Gegaris perjalananku yang penuh ranjau
Berliku nan bersimpang siur jejalannya
Menuntut kemampuan diriku menempuh hidup ini
Dengan penuh kental lagi cekal
Segala cabaran yang menghunjam kuteguhkan hadapi jua

Dalam proses mengenal diri memaknakan insani
Kudalam dilemma berbolak hati ini
Antara pahala..dosa.. halal.. haram
Menerobos duniawi yang penuh dengan pancaroba
Kuperlu mengharungi dengan berhati-hati
Agar tidak terkuis dari landasanNYa

Kemanisan yang dikecapi
Keindahan yang dilalui
Kegembiraan yang dirasai
Tawa .a yang meniti titian kehidupanku
Hanyalah seketika cuma
Musim bersilih ganti
Dari jahiliyah ke arus madani
Dari kegelapan ke arah NUR berkelipan
Dari kesesatan ke titian yang lurus
Dari kekufuran kembali kepada yang MAHA Pencipta

YA ALLAH,
Ku tunduk malu padaMU
Diari usangku yang penuh calar-balar
Penuh dengan garisan lukisan kehidupanku
Tercalit pelbagai warna-warni
Andai dapatku padam satu persatu
Menjadi kertas putih lagi suci
Mampukah AKU ??!!

YA Rahman YA Rahim
Kumohon pertolongan mengemis keampunanMU
Tebalkan IMANku, kejapkan kalbuku
Kentalkan pendirianku, padukan fitrahku
Moga kutidak tersasar jauh dari landasanMU
Ku menghayati bait kalam Quran
“Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
(kerana kamu) menyuruh berbuat yang makruf,
dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.
YA Rabbal Alameen,
limpahilah hatiku dengan belas kasihan-Mu,
baik pada siang hari dan malam hari
mahupun pada saat pagi dan petang
waktu daku tidur atau terjaga kecuali mengingati namaMu
antara jiwa dan nafasku.
Engkau telah masukkan ke dalam hatiku satu gagasan
bahawa Engkau Maha Suci Tuhanku,
telah banyak dosa yang daku perbuat dan Engkau mengetahuinya
taburkan titian perjalananku dengan syafaat dariMU
moga kuterus istiqomah ke jalanMU

Akhiran,
mantapkanku dalam perjuangan hidup untuk mendapat keredaanMU
berikanku petunjuk dalam memilih menilai neraca kebaikan
limpahkanku dengan penawar hati di saat diri dilanda kealpaan

YA ALLAH,
Jadikanlah cahaya dihatiku
Cahaya dilidahku
Cahaya dipendengaranku
Cahaya dipenglihatanku
Cahaya dari belakangku
Cahaya dihadapanku
Cahaya di atasku
Dan cahaya di bawahku..
Ya ALLAH berilah aku cahaya… ameeen…

~ummu~

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah dirimu; kerana tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk(*). Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Al-Maidah :105)