TERIMA KASIH BONDA
Sempena hari lahirmu yang ke-62 (22 April 1947)
Aku mawar nan mekar di tamanmu, bonda. Di tiap hujung dedaunku, ada embun kasihmu yang salju. Hatta hangat mentari pun tak bisa membakarnya.
Berkali kutersungkur di kaki takdir, mesra dipeluk belaianmu. Bonda, aku berdoa bersama purnama dan kejora di langit, di sini. Di kala perantaraan begini, rindu kian berahi. Hatta sering kuberbicara dengan Tuhan, Ampuni dan rahmati dirimu, bonda.
Kau lantera yang menyinar kegelapanku. Kau penawar saat aku terluka. Kau suri nian yang tegar cekal. Dan kaulah jua bonda, mencetus inspirasi kala khali menyapa. Kerana kau tetap insan yang bernama bonda, buatku. Lalu kita ini tamsilan saffi sebuah perhubungan.
Duhai bonda, dari kejauhan ini, aku kepingin amat mencium wangi syurgawi di kedua telapakmu.
Walau setinggi manapun aku, masih tetap kau menjadi ratu dihatiku. Bonda, 9 bulan kau mendukung nyawaku dan hari ini adalah hari perjuanganmu. Aku figura ketujuh yang menghuni rahimmu, bonda. Lalu dengan tumpahan darah pengorbanan dan air mata kesyukuran, tangisku memecah gharisah peritnya sebuah kelahiran.
Hari ini, 24 tahun 11 bulan aku hidup dalam nafas perjuanganmu. Terima kasih Bonda!
Selamat Hari Lahir Bonda…
Tulus dari hati buat bonda Siti Fatimah Hamid
Anakanda Siti Sabarina Mat Yusoff
21 April 2009, 6.31pm

Artikel yang menarik!
p/s: Bagi sesiapa yang aktif dalam berusrah ttp kekurangan idea.. AKtiviti & Permainan Usrah serendah RM10 boleh membantu.. hubungi 014-2311856