ummu muslimah

Cukup Bagiku Allah…

Guru vs Dai’e November 10, 2008

Filed under: islamic — ummu muslimah @ 6:03 PM

safinah

Tatkala melawat blog teman-teman seperjuangan yang hampir kesemuanya hebat-hebat dalam mengutarakan idea dan perkongsian ilmu, sempat saya singgah disatu weblog yang sudah sekian lama tak saya kunjungi. Blog yang dimaksudkan adalah blog sekolah Safinatun najah. Ia mengingatkan saya perjalanan pertama melalui ladang kehidupan yang bernama kerjaya. Awal tahun 2005, setelah tamat pengajian diploma, Alhamdulillah…rezeki agak murah kerana dipermudahkan diterima untuk menjawat sebagai guru sandaran di sebuah ‘islamic private school’ di bandar Shah Alam…

Di sinilah tempat saya mula mengenal erti sebuah pengorbanan seorang guru. Bayangan guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu disepanjang hayat saya bergelar murid dan pelajar terus menerjah ke ruang fikiran satu persatu…

“Moga Allah sahaja yang membalas jasa kalian wahai guru-guru, sesungguhnya Dialah sebaik-baik pemberi balasan”

Disini juga saya temui banyak suka duka, jerih perih, susah payah seorang insan yang bergelar ‘guru’. Bermacam-macam ragam anak-anak didik yang ditemui…yang kadang-kadang sangat menghiburkan hati. Tambahan lagi di sekolah ini menempatkan tiga peringkat persekolahan iaitu Montessori Kindergarten, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Kali pertama memasuki sekolah ini saya agak terkejut bercampur pelik kerana walaupun ianya sekolah ‘islamic’ tapi bahasa komunikasinya adalah bahasa Inggeris…terbelit-belit jugalah lidah saya nak berdepan dengan Kholah Mastura (Mudirah) waktu sesi interview.

Teringat saya pada telatah Usman, anak kecil berusia 5 tahun yang menegur saya tatkala tersalah bahasa waktu memasuki Kindergarten untuk masa EPL dan Iqra’…

“Mu’allimah you have to use English here”… Mana tidaknya Usman memang tidak tahu berbahasa Melayu kerana ayahnya Australian manakala ibunya Indonesian tetapi dibesarkan di Amerika… hmmm…tergeliat lagi lidah ni nak mendidik anak-anak kecil ni but I found it enjoyable while it seem to be a chance in improving my English tongue (but it doesn’t means I’m rightfully proud with this language, just remember one of the our Prophet’s utterance which say that sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum itu, maka ia akan terselamat dari tipu daya kaum itu.

Itu di kindergarten, lain pula halnya di sekolah menengah, saya ditugaskan untuk mengajar subjek sejarah, matematik dan sains untuk tingkatan 1,2 dan 4. Yang jenuhnya dalam kelas tingkatan satu ni ada mat saleh pulak dah dari Ireland, Charles namanya, dan non-muslim… Charles ni sebenarnya melancong sahaja ke Malaysia selama sebulan, so, dia nak merasa la agaknya macamana cara orang Malaysia belajar kat sekolah… Macamana caranya nak ajar ‘sejarah’ kat orang putih ni agaknya…😕

“Mu’allimah…you got wrong…the right pronunciation is Alfonso DAlbuquerque’..” tegur Charles satu hari, waktu sejarah apabila terdengar nama tokoh Eropah yang saya sebut dalam sebutan yang agak tidak memuaskan hatinya.

Walaupun saya akui agak sukar untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lancar tetapi ada satu perkara yang saya kagum dengan Mudirah sekolah ini, Kholah Mastura, dimana dia meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar atas dasar ingin menjadikannya sebagai satu medium dakwah yang pada saya agak berkesan jika dilihat sekolah ini terletak di bandar yang mana rata-rata penduduknya agak ‘loaded’. Dan sudah tentunya kebanyakan mereka inginkan satu sistem pembelajaran yang agak ‘moden’ tetapi islamic untuk menempatkan anak-anak mereka.

Dan mungkin disebabkan inisiatif ini jugalah, ia telah berjaya menarik minat ibu bapa dikalangan non-muslim untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Hmmm… ini mengingatkan pula saya pada seorang anak didik saya yang berbangsa India dan beragama Hindu… Tivagaren.. 🙂 memang mencuit hati betul candidate UPSR tu… Tiva merupakan pelajar istimewa..atau boleh saya bahasakan pelajar yang mengalami ‘mentally retarded’.

Pernah suatu hari sewaktu saya tengak syok mengajar kelas 6 Tawakkal, iaitu kelas Tiva, tiba-tiba Tiva bangun dari kerusinya dan mara kehadapan kelas… saya yang sememangnya sudah lali dengan perangainya bertanya… “Yes Tiva, got any problem?”

Yes Mu’allimah, i got a big problem…” jawabnya sambil tersengih.

I want to kill the muslims…all the muslims…” katanya sambil tangannya dibentuk seperti senapang dan mengacukan pada rakan-rakan sekelasnya sambil membunyikan bunyi senapang, seolah-olah dia sedang menembak rakan-rakannya.

Kill them…kill them…there’s no muslims in the world…hahaha…” sambungnya lagi.

Tersedak nafas saya dibuatnya, kalau dia buat benda lain saya tak kisah sangat. Tak sangka itu yang keluar dari mulut anak ini….Ish… ape yang tak kena sebenarnya dengan budak ni… Tenang…tenang…sabarina…

Hmmm….what i’m going to do with this pupil?

Saya terdiam sebentar kerana kebingungan, tak tahu nak buat apa… Saya bertanya pada Tiva samaada adakah rakan-rakan muslimnya mengganggunya sebelum ini. Katanya, “No, they aren’t”.

So, why you come out with those words?

“Ye lah, orang muslim suka bunuh lembu…muslim jahat, kalau orang Hindu, mereka tak bunuh lembu tapi kami cuma ambil susunya sahaja untuk minum…muslim memang jahat….saya tak suka”, katanya straight forward.

Ooo itu rupanya yang menjadi sebab Tiva ‘mengamuk’ hari tu…. Saya tersenyum agak geli hati sebenarnya. Baru saya teringat yang menu waktu rehat pagi itu adalah daging masak kicap so, Tiva tak makan daging…sebab….sebab apa ye?…sebab dia berpegang pada ajaran agamanya, Hindu.

Sahabat pembaca yang dirahmati sekalian….kalau la antum berada di tempat saya, apa la agaknya respon antum… macamana nak terangkan pada Tiva ni ye… hmmm…itu baru soalan dari seorang pelajar non-muslim ‘istimewa’… belum lagi berdepan dengan soalan-soalan pelik non-muslim dewasa yang normal…

Hmmm… apakata kalau saya gantungkan posting saya ni dengan soalan ni dulu… actually banyak perkara yang ingin dikongsi tapi sebelum saya lanjutkan mungkin sahabat-sahabat boleh bagi pandangan macamana nak berdakwah dengan non-muslim ni…

Wallahua’lam…

safinah21

Anak-anakku, aku merindui kalian…

Jadi anak-anak yang soleh dan solehah ya!

 

2 Responses to “Guru vs Dai’e”

  1. zinnirah Says:

    Salam’alaik.. K.Na.. Cite ni yang nabilah tggu2 dr K.Na.. Ari2, K.Na cite separuh je.. Huhu.. oo.. Itu sbbnya Si Tiva 2 wat gaya tunjuk senapang.. Anak2 ibarat kain yg putih… Madrasah pertama adalah ibubapa dan ke2 adalah tempat dia menuntut ilmu.. Pihak yang mendapat tempat di hati kanak2 akan mempengaruhi bentuk cara pemikiran mereka.. Besarnya amanah tuk seorang pendidik….. Doakan nabilah e..
    p/s: k.na,delete trus e komen ni.. makasyeh..

  2. ummu sulaim Says:

    pengalaman membawa kita kepada kematangan… setiap orang ada cara tersendiri untuk menyampaikan.. cerita tadi mengingatkan ana bahawa setiap orang mempunyai pelbagai persepsi samaada dikalangan muslim atau nonmuslim… bagi ana, salah satu cara, kita kekalkan akhlak yang sedia ada dalam diri kita untuk menarik perhatian mereka… dan ana setuju bahasa merupakan satu cara bagaimana kita tidak akan tertipu dengan manusia… oleh itu, kuasailah banyak bahasa dan ilmu agar kita sentiasa yakin berhadapan dengan mad’u…selain bertawakkal kepada Allah kerana DIAlah pemberi hidayah dan ma’rifah… Wallahua’lam..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s