ummu muslimah

Cukup Bagiku Allah…

Nur Syahadah… February 14, 2009

Filed under: islamic — ummu muslimah @ 10:28 AM

“Ada apa dengan syahadah?” Micheal Lim tertanya-tanya. Dia membuka You Tube daripada internet. Kalimah syahadah ditaip. Dia melayari beberapa laman maya hingga akhirnya berjumpa dengan video klip azan. Dia lantas menarik tetikus untuk memandu anah panah agar menunjuk pada butang play. Alunan azan berkumandang.

Allahuakbar Allahuakbar!

Jiwa Micheal Lim bergetar hebat. Dia merasakan seolah-olah baru pertama kali mendengar kalimah agung tersebut. Fenomena alam tentang kebesaran ciptaan Allah s.w.t. melatari video klip azan itu. Penciptaan laut, gunung berapi, kawanan burung, langit tanpa tiang dan pelbagai pemandangan menakjubkan terpapar. Micheal Lim terpana.

“Zainab al-Ghazali mempertahankan kesaksiannya pada Tuhan yang menciptakan semua ini. Dia mengabdikan hidup dan matinya kerana suatu Kuasa Agung. No wonder.”

Micheal Lim menggigit ibu jari. Setitis air mata menitik. Mindanya belayar jauh meredah lautan kejahilan mendambakan pulau cahaya.

Tok! Tok! Tok! Pintu bilik Micheal Lim diketuk.

“Masuk!” Arah pengurus muda itu.

Tercegat seraut wajah bersih bernama Syabab. Micheal Lim tersenyum.

“Di Balik Tirani Zainab al-Ghazali. Skrip yang hebat!” Puji Micheal Lim.

“Jiwa kamu yang sebenarnya hebat. kamu boleh menilainya daripada mata hati. Allah itu Maha Penyayang. Setiap jiwa diberikan fitrah mengenal kebaikan.” Syabab bersuara.

Micheal Lim tersentuh mendengar kata-kata itu. Air matanya menitik lagi. Syabab teruja. Micheal Lim menarik langsir jenis venation blind biliknya. Pandangan dilontar ke luar. Dia merenung bangunan-bangunan pencakar langit yang tumbuh berceracakan. Ia seakan bersatu dengan awan. Langit bak atap menaungi tanpa tiang.

“Allah-lah Yang Hebat. Saya tak mahu bertangguh lagi untuk nyatakan syahadah pada Yang Maha Hebat.”

Kata-kata Micheal Lim membuatkan sendi-sendi Syabab terasa menggeletar. Bagaikan dia sedang berada di alam mimpi. Kesyukuran menjentik pintu hati, terluah dibibir. Kedua-dua sahabat itu berpelukan erat. Seerat cinta Zainab al-Ghazali pada syahadahnya…

syahadah

***

Kisah ini saya petik dari novel Syabab yang baru sahaja saya selesai membacanya semalam. Saya bukanlah orang yang suka membaca novel, bahkan boleh dikatakan tidak berminat langsung dengan sebarang novel. Tetapi entah apa yang menariknya dengan ‘Syabab’ ini sehingga saya rasa terpanggil untuk membelek-beleknya dan membaca bait-bait ayat di dalamnya…

Antara ayat-ayat yang sangat terkesan dihati saya adalah ayat-ayat diatas, serta merta fikiran saya terus teringat kembali kepada seseorang yang sangat saya rindu. Sudah agak lama saya tidak berjumpa dengan beliau… Saya pantas mencapai telefon bimbit, jam menunjukkan sudah 2.45 pagi. Dengan pantas saya menaip sepotong ayat mutiara kata,

“Ya Allah Ya Tuhanku… Sahabatku itu hartaku, mesra kami penawar rindu, rajuk kami membuah ceria… Ya Allah… Silaturrahim kami ukhwah fisabilillah, bermusuh kami na’uzubillah, pengikat hati doa rabitah… Ya Allah rahmati kami meniti usia, terpisah kami di alam nyata, temukan semula di taman syurga…”

Semoga dimengertikannya bahawa ada kerinduan dihati ini…


9 FEBRUARI 2007 MASIH SEGAR DIINGATANKU…

Tok! Tok! Tok! pintu bilik saya tiba-tiba diketuk pada suatu petang Jumaat. Saya buka pintu, lalu saya lihat seorang gadis berbangsa Cina yang amat saya kenali, Chang Kim Fong, atau lebih mesra dengan panggilan Kim.

“Oh Kim, masuklah…” tutur saya  padanya.

“Akak tengah buat ape? saye ganggu akak ke?”

“Eh tak lah…akak siapkan assignment sikit ni…TITAS…tajuk perkembangan tamadun Islam di negara China…”

Kim memang selalu bertandang ke bilik saya lagipun roomate saya adalah classmatenya. Tetapi waktu itu roomate saya tidak ada di bilik. Bilik saya yang sering saya hiasi dengan alunan nasyid dan juga bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an bacaan Sheikh Saad Said al-Ghomidi sudah tidak menjadi asing baginya… Kalau dulu saya kira mungkin beliau tidak berapa selesa dengan hiburan cara saya itu, tetapi saya lihat sejak akhir-akhir itu lebih kerap beliau berkunjung ke bilik saya, dan kesimpulan saya, itu semua tidak menjadi masalah baginya.

“Boleh saya bace tak kak ape yang akak buat ni?”

“Ye, ye silakan…” saya memberi laluan untuk Kim membaca file-file berkenaan tamadun Islam di desktop. Agak lama dia merenung ayat-ayat dari file-file yang ada satu persatu.

HIDAYAH ITU MILIKNYA

“Kak…sebenarnye dah lame saye cari orang yang betul-betul boleh dengar luahan saye… sejak kecil lagi saye hidup dalam masyarakat melayu dan Islam… saye nak mendalami Islam tapi saye tak tahu macam mana caranye… Akak boleh tak tolong saye?”

Menggeletar seluruh tubuh saya mendengar kata-kata Kim yang sememangnya tidak pelat sedikit pun berbahasa melayu. Subhanallah, Maha Suci Allah yang memberi HidayahNya kepada yang diinginiNya…

“Subhanallah… InsyaAllah akak boleh bantu Kim.” Jawab saya.

“Kalau camtu saye nak akak tolong saye sekarang jugak.” Sambung Kim dengan nada menaruh harapan…

Saya tidak putus-putus mengucap syukur… “Macam ni Kim, sekarang Kim balik dulu ke bilik dan bersihkan diri, kemudian turun semula ke bilik akak ye…”

Sebenarnya saya terlalu menggelabah menghadapi situasi yang tidak pernah saya lalui ini walaupun hakikatnya saya terlalu gembira yang amat sangat. Saya minta Kim untuk mandi sunat sementara saya ingin mendapatkan pandangan orang yang lebih arif tentang apa yang perlu saya lakukan seterusnya.

Saya menghubungi seorang sahabiah dan beliau meminta saya menghubungi seorang Ustaz yang sudah biasa membantu saudara baru. Tanpa berlengah saya terus menghubungi Ustaz tersebut. Ustaz tersebut mengatakan bahawa esok beliau akan menjemput Kim dan saya ke rumahnya dan beliau akan aturkan pertemuan dengan PERKIM dan adakan sedikit majlis.

SELAMAT KEMBALI MAISARAH…

love_quran_1

Saya menunggu Kim kembali ke bilik saya, tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi, Ustaz tadi yang menghubungi… Beliau bertanya pada saya, sama ada haruskah saya tunggu besok untuk mengislamkan Kim atau tidakkah saya mahu pahala besar mengislamkan orang. Jadi, beliau menyarankan saya membimbing Kim untuk melafazkan syahadatain malam itu juga.

Kim datang semula ke bilik saya dengan wajah segar dan cukup bersedia, saya menutup kakinya dengan kain dan memakaikannya tudung. Beliau tersenyum dan bertanya kepada saya, kenapa mesti pakai macam ni sedangkan kami hanya berada di dalam bilik sahaja.

Saya menerangkan kepada Kim, Islam mempunyai kalimah penyaksian atau ucapan kepercayaan yang dinamai ‘Syahadah’. Kalimah ini adalah pernyataan kepercayaan dalam keEsaan Allah (Tuhan) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pesuruhNya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada 5 rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan jelas secara Ikhlas dan difahami maka seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai penganut Islam. Jadi sebagai menghormati majlis dan sebagai menjaga adab-adab dalam melafazkan kalimah ini kita dituntut untuk menutup aurat.

Saya juga menjelaskan batas-batas aurat seorang wanita muslim kepada Kim. Malam itu, saya yakin merupakan malam yang cukup bermakna buat Kim kerana dengan lafaz syahadatain, dia telah sah diisytiharkan sebagai wanita muslim… saya teruskan malam itu dengan membimbing Kim mengambil wudhu’ dan solat.

Kim memberitahu saya bahawa dia telah lama menyimpan satu nama dan dia berhasrat untuk bertukar kepada nama tersebut… “MAISARAH”

AIRMATA SYAHADAH

Keesokannya, seperti dijanjikan Ustaz menjemput kami di perkarangan Kolej Keris Mas menuju ke rumahnya yang berdekatan dengan Surau An-Nur. Disana Maisarah buat kali kedua dibimbing melafazkan syahadatain oleh Ustaz. Waktu itu saya lihat ada manik-manik mutiara suci yang gugur dari kelopak matanya… sebak bercampur syukur bersilih ganti dalam hati saya waktu itu…

Selesai majlis ringkas tersebut, kami pulang dan saya lihat maisarah tidak jemu-jemu menghafal surah al-Fatihah dalam tulisan rumi yang ditaip oleh ustaz. Saya membantu beliau membetulkan bacaan sambil memperdengarkan bacaan dari desktop. Diulang-ulang bacaan dengan semangat tanpa jemu sehingga saya tertidur dimeja disampingnya.

Maisarah mengejutkan saya sambil berkata, “Kak, saye dah ingat surah al-Fatihah, sekarang nak hafal tahiyat awal pulak.”

Saya minta untuk diperdengarkan bacaannya… Subhanallah, dalam waktu yang tidak sampai satu jam itu, pemilik hati yang suci tanpa dosa ini telah berjaya menghafalnya. Saya sangat kagum.

Hari berikutnya, saya menghadiahkan beliau buku Iqro’. Beliau kelihatan lebih bersemangat… tiap-tiap hari beliau ke bilik saya untuk belajar mengaji… kadang-kadang 2 hingga 3 kali membuka iqro.

Alhamdulillah sekarang Maisarah telah berjaya berdakwah kepada keluarganya pula. Dimana ayah, ibu dan adik-beradiknya yang lain juga telah kembali kepada Islam. Moga hidayah yang diberiNya terus terpelihara dan bersinar hingga bertemu dengan pemilik HIDAYAH…

***maisarah

“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku” (al-Zariyat:56).

Maka setinggi mana kita belajar, setinggi mana pangkat kita, setinggi mana kedudukan kita, kembaliah kepada dua tujuan utama iaitu mencintai Allah dan Rasullullah dan itulah yang telah ditulis oleh Al-‘Aqlim yang Maha Mengetahui di dalam kalimah Asy hadu anlaa ila ha illallah, Wa asy hadu anna Muhammadar Rasullullah.

Kalimah tauhid inilah yang ditegaskan pada awalnya oleh Rasullullah didalam mendidik para sahabat R.A. sehingga begitu kuat keimanan, terasa begitu rendah dirinya disisi Al-`Aliy Yang Maha Tinggi dan Mulia. Dibacakan ayat-ayat suci al-quran sehingga bercucuran titisan air mata para sahabat kerana dapat menangkap dengan tepat maksudnya. Berbeza dengan kita, kita disuruh bersolat, mengaji, dan puasa dahulu sedangkan iman kita atau tauhid kita masih belum ketentuan masih longlai sehingga setiap kali dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran tiada tindak balas dari diri yang dalam.

***

 

3 Responses to “Nur Syahadah…”

  1. peace Says:

    Salam…
    hmmm….macam kenal je kak maisarah ni….
    alhamdulillah… dakwah yang tidak ternilai tinggi harganya di sisi Allah… Smoga segalanya dinilai Allah…

  2. adik comel?? Says:

    salam’alaik…

    terharunya… sesungguhnya hidayah itu milik Allah… bertuah sungguh dirimu wahai kakakku… moga sentiasa dilimpahi rahmatNya yang Maha luas…

  3. Zul Says:

    Alhamdulillah dan mabrook atas usaha anda


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s