ummu muslimah

Cukup Bagiku Allah…

Qur’an Reciting…SubhanAllah… December 1, 2008

Filed under: laman nurani — ummu muslimah @ 2:16 AM

Subhanallah…

 

Wanita itu… November 28, 2008

Filed under: laman nurani — ummu muslimah @ 2:28 AM

Wanita itu…

Kisah ini saya kutip dari blog teman saya untuk sama-sama kita ambil pengajaran darinya…

***

6a00d834515b7869e200e5502cd0e08833-640wiKisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang bila, sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah tiba untuk solat?- tapi perdebatan itu telah tamat: tiada apa yang boleh
dilakukan tapi mengikut wanita tersebut..

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkanniqab2 langkahnya, dan sekarang pun telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu –adakah ini khayalanku saja?- melambaiku lagi.

Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya? Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, senantiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.

Adakah wanita itu orang gila? Semakin panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku kan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua. kuburKalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.

Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi.

“Kuncikan pintu itu,” kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, “dan bawakan kuncinya.” Aku akur. “Buangkan kunci itu ke dalam perigi itu,” kata wanita itu Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku.

“Pergilah buangkan,” ujar wanita itu sambil ketawa, “tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?” Tempelak wanita itu lagi. Aku diam. “Waktu maghrib sudah hampir selesai,” kata wanita itu bernada sedikit menyindir . “Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?” Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh.periginenekmusallimah-21

Perutku itu terasa bersimpul bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut, kemudian memahami nya. “Tiba masanya untuk melihat aku.” kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. “Pandang aku sungguh-sungguh,” kata wanita itu lagi. “Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah mendapatiku . Didalam kuburmu. Mari. Mari. “Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

 

Bingkisan untuk Al-Kholiq April 27, 2008

Filed under: laman nurani — ummu muslimah @ 10:11 AM

Tuhan!

Setiap kali Kau memanggil aku, aku cuba dan berusaha untuk datang kepadamuMu sesegera mungkin, kadang-kala aku mengadapMu bersama hati yang tidak takut dan malu kepadaMu. Tapi biasanya hanya fizikal yangku bawa menyembahMu, sedang hati masih sombong kepadaMu.

Sesekali aku bersimpuh di bawah Duli KebesaranMu dengan begitu berhati-hati dan menjaga adab-adab memasuki ‘istanaMu’, fizikalku rukuk, hatiku pun ikut rukuk, fizikalku sujud, hatiku pun ikut sujud. Tapi itu cuma sekali-sekala…

Biasanya, aku hanya sekadar bersenam semata-mata dihadapan KebesaranMu. Katanya, upacara menyembahMu adalah saat paling indah, pertemuan paling bermakna di antara seorang hamba dengan Penciptanya. Majlis yang gemilang bermandikan cahaya dari Syurga. Suatu nikmat kekhusyukan menyembahMu yang sungguh lazat tidak terhingga, hinggakan mabuk dan tenggelam dalam persada percintaan denganMu.

Aduh! Indah sekali khabarnya pengalaman itu, mengatasi segala dan sejuta nikmat nan indah pernah wujud di dunia ini. Begitu sekali rupanya Kau melayani hamba-hambaMu yang hina dina ini.

Tapi Tuhan, siapalah aku untuk mengecapi pengalaman indah dan bermakna tersebut. Ia hanya layak untuk para-para siddiqin dan muqarrobin. Yang hatinya dan cintanya hanya satu. UntukMu semata-mata. Sedangkan aku hanyalah seorang hamba yang dilumuri noda dan dosa, hanya membilang waktu, andai tidak mendapat pengampunan dariMu, Neraka manalah yang bakal menanti kedatanganku.

Cintaku rupanya hanyalah palsu, rinduku hanya kaku. Aku rupanya tidak kenal erti cinta, erti rindu yang sebenar. Kerana butanya hati menyebabkan Engkau belum kukenali sepenuhnya, bila tak kenal, manakan datang cinta, bila tiada cinta, mana mungkin timbulnya rindu. Itulah dia aku, sering terlewat sampai ke persada keagunganMu.

Bila kuteringat kata-kata Saiyyidina Umar. “Jika seluruh penduduk kota Madinah ini masuk Syurga, kecuali seorang, maka aku rasa yang seorang itu adalah aku.” Aduh! Kecut sekali hatiku. Kalaulah seorang khalifah yang telah dijanjikan Syurga pun merasakan tidak layak untuk ke sana, apatah lagi aku yang bergelumang dengan noda dan dosa ini.

Wahai yang mencipta hati dan roh,

Kaulah yang membolak-balikkan hati, peganglah hatiku agar tetap denganMu, agar seluruh yang ada kukorbankan untukMu. Agar sumpah dan ikrar untuk hidup dan mati keranaMu dapat kutunaikan tanpa gagal. Agar aku sentiasa cinta dan takut kepadaMu tanpa jemu dan lalai. Agar aku menjadi pujangga cinta yang hanya tahu memuji dan memujaMu dan bukan yang selain dariMu.

Benamkanlah dilubuk hatiku wahai Tuhan rasa-rasa ini, agar aku puas menjadi hamba yang Kau redhai. RedhaMu rupa-rupanya mengatasi kerinduan pada SyurgaMu dan ketakutan pada NerakaMu. Itulah permohonanku wahai Tuhan yang empunya diriku ini.

Sungguh tidak sedar diriku selama ini, kerana sering memakai pakaianMu, sombong pakaian rasmi yang hanya layak untuMu. Kujadikan pakaianku tanpa izinMu. Sedangkan pantang-larangMu seorang hamba memakai pakaianMu itu. Mana mungkin seorang hamba memakai persalinan tuannya. Di atas keterlanjuran ini, kumohon ampun dan maaf, kupulangkan semula persalinanMu ini kepada yang Empunyanya yang selayaknya.

Biarlah aku melayari bahtera kehidupan ini dalam mencari redhaMu, agar rasa-rasa inilah yang akan menyelamatkanku dan menjadi benteng untukku mentaati perintahMu dan menjauhi laranganMu. Mudah-mudahan masih belum terlewat lagi untukku…

Aminn… Ya Rabbal’alamin…

 

Selamat Hari Ibu…

Filed under: laman nurani — ummu muslimah @ 9:58 AM

Bonda…

Aku meletakkanmu di hatiku,

Dekat sekali dengan tempat kebaikan,

Cahayamu menyinari hidupku,

Tapi…

Aku tak mampu meletakkan Allah dimana pun,

Kerana Dialah yang meletakkan aku di bumi…

Bersamamu Bonda…

Dia ada dalam setiap hela nafasku, penglihatanku,

pendengaranku serta setiap degupan jantungku…

Bonda…

Bagaikan bermain-main diingatanku…

Sebelum terlahirnya aku di muka bumi….

Penciptaku yang Satu pernah mengkhabarkan padaku…

aku akan ditempatkan di bumi,

tempat yang asing sekali buatku…

Bonda…

Ketahuilah…aku takut dengan perkhabaran itu…

Tetapi Dia…

Penciptaku yang Agung…mengkhabarkan…

aku tidak akan bersendirian di bumi…

Kerana…

Dia telah mengutuskan seorang malaikat untukku…

Bonda…

Tahukah dikau siapakah malaikat itu…?

Malaikat yang baik itu adalah orang yang

kuletakkan di relung jiwaku…

Malaikat itulah yang telah melahirkan aku kemuka bumi ini…

Malaikat itulah yang telah mengingatkan aku

pada Penciptaku yang Maha Penyayang…

Malaikat itulah yang mendidikku tanpa jemu…

Malaikat itulah yang telah banyak bersusah payah

kerana membesarkan aku…

Malaikat itulah yang tidak pernah meminta bayaran

untuk kebaikannya…

Malaikat itu….

Malaikat itu adalah kamu wahai Bonda yang kucintai…

Bonda…

Kau bertahta dihatiku…

Aku menyintaimu seperti aku menyintai syurga

Pencipta kita yang Satu…