ummu muslimah

Cukup Bagiku Allah…

August 7, 2009

Filed under: islamic — ummu muslimah @ 12:08 AM

Salam’alaik… sahabat-sahabat sila berkunjung ke blog saya http://ummumuslimah06.blogspot.com

 

Tahniah & Selamat Datang Mahasiswa/i Baru 0910 July 2, 2009

Filed under: islamic — ummu muslimah @ 7:11 AM

welcome 0910_1_small

 

‘Itu’ adalah Aku May 4, 2009

Filed under: laman nurani — ummu muslimah @ 2:20 PM

ya-robbi2

 

Kamulah Pembentuk Ummah esok hari!!! April 28, 2009

Filed under: islamic — ummu muslimah @ 7:06 AM

Posting saya yang terdahulu (tanpa tulisan) hanya saya selitkan clip video ringkas tentang anak kecil yang sangat mengujakan. Apa yang membuatkan anak2 itu hebat sedemikian rupa??? Saya teringat satu artikel yang pernah saya baca satu ketika dahulu berkisar tentang bagaimana bapa kepada Luqman al-Hakim mendidiknya sebelum kelahirannya lagi. 40 tahun sebelum Luqman al-Hakim lahir! Bagaimana???

Sepertimana bapanya, Luqman al-Hakim juga dikurniakan anak-anak yang baik budi pekertinya, elok akhlak dan kuat imannya. Pernah seorang sahabatnya bertanya, “Bagaimanakah kamu mengajar anak-anakmu sehingga mereka elok sedemikian rupa?”

Baca Lagi…

 

Syukran Ya Ummi… April 21, 2009

Filed under: islamic — ummu muslimah @ 10:44 AM

TERIMA KASIH BONDA

Sempena hari lahirmu yang ke-62 (22 April 1947)

Aku mawar nan mekar di tamanmu, bonda. Di tiap hujung dedaunku, ada embun kasihmu yang salju. Hatta hangat mentari pun tak bisa membakarnya.

Berkali kutersungkur di kaki takdir, mesra dipeluk belaianmu. Bonda, aku berdoa bersama purnama dan kejora di langit, di sini. Di kala perantaraan begini, rindu kian berahi. Hatta sering kuberbicara dengan Tuhan, Ampuni dan rahmati dirimu, bonda.

Kau lantera yang menyinar kegelapanku. Kau penawar saat aku terluka. Kau suri nian yang tegar cekal. Dan kaulah jua bonda, mencetus inspirasi kala khali menyapa. Kerana kau tetap insan yang bernama bonda, buatku. Lalu kita ini tamsilan saffi sebuah perhubungan.

Duhai bonda, dari kejauhan ini, aku kepingin amat mencium wangi syurgawi di kedua telapakmu.allihave2

Walau setinggi manapun aku, masih tetap kau menjadi ratu dihatiku. Bonda, 9 bulan kau mendukung nyawaku dan hari ini adalah hari perjuanganmu. Aku figura ketujuh yang menghuni rahimmu, bonda. Lalu dengan tumpahan darah pengorbanan dan air mata kesyukuran, tangisku memecah gharisah peritnya sebuah kelahiran.

Hari ini, 24 tahun 11 bulan aku hidup dalam nafas perjuanganmu. Terima kasih Bonda!

Selamat Hari Lahir Bonda…

Tulus dari hati buat bonda Siti Fatimah Hamid

Anakanda Siti Sabarina Mat Yusoff

21 April 2009, 6.31pm